Saturday, December 10, 2011

Lagenda November 14-11-2011

As salam..Kesinambungan lagenda semalam..November in memory !
After breakfast, kami checkout dari hotel yg paling best..bye Tanjung Sanctuary Langkawi ! Hari ni plan nak ke Tasik Dayang Bunting..walllaaa sound nice.

Tak sangka dengan bayaran RM30 per person kami dapat ke 4 tempat..new experience for me. Tak sabar nak naik bot..tapi bila mengenangkan kejadian ngeri waktu di Tasik Danau Toba sewaktu ke Indonesia dulu...rasa cuak tetap ada. Harap2 harini xda apa yang mengerikan huhu..terkandas di tengah2 tasik yg amat luas sebab bot rosak serious satu pengalaman yang amat dasyat. Encek hubby pun tau sue nervous ahaha..malu seyyy ~

Bot jalan pukul 2ptg.. bot no 8 ! Sekumpulan kami dalam bot tu dalam 9 orang sekali dengan pemandu bot..eh pemandu ke namanya? hantam je laaa ehehe... Nak naik bot dia ada sediakan macam ala2 tangga..so senang la nak panjat..saya suka :)

Journey start ~
Safety jacket jangan lupa.. Selepas bot menyusur dengan lajunya ke tengah tasik.. tiba2 bot tu berhenti kat tengah2 huhu..jantung berdegup kencang dahhh. Rupa2nya abg bot tu nak bagitau..kenapa tasik kat situ namanya Tasik Dayang Bunting?. Oooo..ingatkan enjin bot rosak addoiiii..nervous i ahaha..

Nampak tak bentuknya seakan seorang wanita yang tengah hamil @ mengandung.. hebatnya ciptaan Allah.. Subhanallah.


Kami
dah berlabuh di Tasik Dayang Bunting waaaaa... perjalanan bermula :)

Ni signboard dia ya...sila tenung dan tengok betoi2.. Dari label 'Anda Disini' tu nak ke Tasik Dayang Bunting tu jauh hokkayyyy addoiii...berjalan lagi, meredah hutan. takda lah hutan mana pun sebab dah ada jalan yang disediakan macam gambar sue kat bawah ni ya... Beware of encik & cik monkey! dia suka copet kita punya barang..& suka sangat nak ambik benda yang kita pegang, maybe dia ingat makanan kot... So, hubby yg pegang camera..sue xkuasa ahaha. Buatnya cik monkey datang rebut tak ke terkujat2 pastu terbagi kat dia...feetam mak ehehe :)


Ini rupa pandangan dari atas tangga..nak rasa air tasik ni kena la turun ya... nak berendam ke jom turun :)

Haaa..ini le lebih kurang kawasan Tasik Dayang Bunting ni.. Lagenda kata, kalau nak cepat pregnant, sila la berendam dalam tasik ni ataupun minum air tasik ni sikit...hmm kesahihannya tu hanya Allah yang tahu ya.


Lepas berada di Tasik Dayang bunting dalam 1jam tak silap sue..kami pun balik ke jeti kat mula2 sampai tadi sebab kita nak p tempat lain pulak. Hmm ini nak ke Fish Garden..so abang bot...jalannn zassss !

On da way tu ada nampak satu pulau lagi kata abg bot..namanya Pulau Buaya..eh ke Tasik Buaya tapi memang buaya lah ehehe sebab bentuknya sebijik macam buaya..sila perhatikan kat bawah ni ya..ehehe.


Yeah...dah sampai ke Fish Garden ni ya..ada banyak kolam2 ikan kat sini. Jom kita berkenalan dengan encek2 ikan dan apa yang ada kat sini.


Oooo...kita kena bayar dalam RM3 rasanya beli makanan ikan.. So, kita boleh masuk ke dlam ni bagi makan segala jenis ikan yang ada kat sini. Makcik tengah bagi makan ikan ehee..sila sila makan, jangan malu2 :p


Macam2 ikan ada dalam sangkar kat sini..antaranya ikan haruan tasik dan ntah ikan apa lagi xhengat makcik.. pastu ada lagi ikan pelik2. Gamat pun ada...selalu tengok gamat kaler ala2 brown kan..hari ni dapat tengok gamat hitam. Boleh pegang lagi..abang2 kat situ angkat kan then bagi kita pegang. Geli? geli jugak tapi buleh pegang la ehehe. Yang sue pegang ni pulak namanya Ikan Buntal Kotak. Peratikan badannya macam kotak 4 segi ya ehehe...


Lama jugak kami kat situ menerokai ikan2.. Lepas tu naik bot lagi..kata abg bot kita nak ke Pantai Beras Basah. Rasanya dah nak dekat pukul 5ptg masa tu..perot dah bergelora ni..mula la mengendeng hubby. 'Abang, nanti sampai kat pantai tu kita makan ya...lapar sangat dah ni.'..ayat orang lapar xhengat ahaha. Hubby senyum je..ok!

Dah sampai..teruja tengok pantai cantik ni...serius! canteeeek tak?


Tapi perut lapar..xleh concentrate menikmati pemandangan pantai ahaha. Selidik punya selidik rupanya kat sini xda restoran mahupun kedai makan ataupun TANDAS ahahaha. Maklumlah tak ada bekalan air bersih.. Rasa macam nak nanges je dengar. Nasib baik xda rasa nak ke toilet adddddooooiii....~

Ada la satu kedai jual air kotak atau air tin. Aim nak air Milo je untuk tahan lapar. Tup2 cuba teka sue nampak apaaa? MAGGI wow!.. 'Abang...pleaseeeee' ahahaa maggi pun maggi laaa..sila jangan kutuk saya..menikmati maggi dengan rakusnya ahahaha ! Tak sanggup nak tengok gambar ni ahahaha..sambil buat entry ni tersengeh2 ahaha. Encek hubby lagi la terpegun tengok bininya melantak maggi..sluuurrrp habis keh keh.


Tamatla sudah sesi sehari bersama bot harini... Lepas tu kami naik bot balik semula.. Time to say Good Bye to Pulau Langkawi.. Kami nak naik feri ke Kuala Kedah! Jom kejar feri...

Eh, lupa pulak..terima kasih abang for a great day!

No comments:

Post a Comment


Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking