Tuesday, December 21, 2010

Bantal Kekabu~KekPisang

Salam..
Weee..rini gatai tangan nak bercerita. Penuh dalam kepala ni nak cakap gak..nak cerita jugak haha..dah sengal dah mamy ni. Semalam kami sampai dari Penang dalam pukul 4petang.. pastu kemas rumah.. siapkan bilik & bagai2 lagi. Almaklum lah..famili dari Johor plak nak dtg ni 4 family.. maknanya dalam 4 keta. Wowww...hehe ramai anak beranak turun. Kakak kepada abah..maknanya maklong & anak2nya semua.

Dalam sibuk2 tu mak teringat bantal sure xcukup sebab bantal kat umah kami sikit je. Pe lagi mak & abah pun memecut keluar cari bantal kekabu. Wuuii mahai gila bantal kekabu noo.. Sue ngan adik kat rumah..kemas rumah..masak pastu terfikir plak. Apa la nak mengunyah makan.. kalau ramai2 ni ada makanan syok kan? Tengok pisang banyak dalam peti..hmmppp per lagi. Projek cepat.. buat kek pisang. Dah tu kalau kek pisang nya beso tu je mana nak cukup..putar lagik satu kek cekelat..ni ha rupenya. Seb baik dalam nak cepat tu semuanya jadik hehe.


Tunggu punya tunggu kol 1pagi baru Maklong sekeluarga sampai.. Bersahur la kol 1pagi.. Kol 3pagi baru kami semua pengsan tito zzzzz hehe... Eh tlupa..tido nak kena da bantal..bantal kekabu.
Maseh cik gogle for bantal kekabu hik hik..

Ziarah Erat Persaudaraan

Salam..
Sopan je bunyik entry tu ek hehe. Macam tajuk tazkirah je..nak tergelak pun ada. Bukannya apa.. memanfaatkan 2hari cuti minggu lepas dengan mengadakan sesi lawatan & ziarah ke rumah saudara2 belah mak di Penang. Tambahan pulak kami sekeluarga xsempat melawat aruah Tok saudara yg meninggal baru2 ni..Al-Fatihah untuk aruah..semoga rohnya di cucuri rahmat..amin.

Melawat lebih kurang 5buah rumah saudara mara dalam masa sehari sebab esoknya dah nak bertolak balik. Selesai melawat saudara mara.. yang mana uzur, yg mana dah lama xjumpa..Alhamdulillah semuanya dapat jumpa. Ptg tu sempat singgah di Pantai Merdeka.. belanja baby & adik, abah & mak makan2 sambil rehat situ sebelum balik. Kami bermalam di rumah mertua adik di TgDawai. Hmm..seronok dok d perkampungan nelayan tepi pantai. Ptg2 dengar enjin bot balik dari memukat..


Hmm 2hari tu rasa sekejap sangat. Kena balik awal.. nanti keluarga belah abah kat Johor nu nak sampai malam nanti. Weee..4buah kereta beb..sure penuh sanak saudara bergelimpangan malam ni kat ruang tamu.. kat depan tv hihi merata2. Kereta?? sure kereta kena blok nak kuar g keje esok haha..itu satu kemustian sebab depan tu jalannya sempit yang amat.

Ok adios dulu..nanti nak cerita pasal trip keluarga Johor dtg ziarah kita pulak. Byeee..

Thursday, December 16, 2010

Kedekut

Salam...
Waaa..ngeri je kan dengar topic entry tu kan? Bila dah sebut banyak2 kali macam pelik pun ada perkataan tu hihi..kedekut kedekut kedekut :). Kalau si baby kata.. 'Mummy ni kelekut laaaa' hihihi. Nak terbarai mummy dengar nak haha. Lama2 baru dapat sebut elok2.

Senang untuk kita judge seseorang tu kedekut kan...tapi adakah kita tahu kenapa dia jadi macam tu?
Kekadang memang sifat semulajadi seseorang tu dah memang macam tu. Dari awal kita kenal dengan dia pun dah nampak dah sifat K nya jelas depan mata dan tak kira mana tempat dan situasi pun.. Itu bermakna dia memang bersifat K.

Adakalanya kita kenal seseorang tu hanya muncul sifat K nya di situasi dan masa2 tertentu saja. Mungkin pada waktu hujung2 bulan.. hanya beli benda2 yg memang tentu2 nak guna (time terdesak jer).. Dia tak akan beli sesuatu walaupun barang tu benda yg dia nak sesangat.. tiap kali singgah kedai tu, barang tu lah yg dia jengok dulu. Meleleh2 air liur kempunan..

Alasan yg biasa diberi;
~ mahal sangat laa..
~ masih elok lagi yg ada sekarang
~ tunggulah bag tu koyak dulu baru beli
~ tunggulah kasut tu koyak/hilang baru beli baru
~ yang lama tu boleh guna lagii...
Huhu..jawapan macam ni kita perlu pandai menilainya....

Bukannya dia bersifat KEDEKUT.. cuma dia memang xnak membazir & dia memang xcukup duit. Bukan nak kata dia xada duit.. most probably ada duit tapi mungkin nak simpan dan guna untuk benda2 lain di kemudian hari. Mungkin untuk benda2 lain yang lebih penting dari sekarang.

Sue tak cakap orang lain tau. Tauladan dan cerita untuk diri sue jugak sebab sue pun macam ni. Menabung untuk diri sendiri & anak. Bukan xnak berbelanja sekarang.. Masa depan masih jauh..takut2 memerlukan tabungan yang ada sekarang ni untuk hari muka yg kita masih tak tahu cerah atau gelap.

Mungkin pandangan orang nampak kita senang.. tapi orang diluar sana xtahu kepayahan & keperitan kita untuk rezeki hari ini. Semoga sahabat2 Sue juga setiap makhluk Allah di muka bumi ini sentiasa dibawah lindungan Allah dan sentiasa di rahmati Nya. Diberikan juga rezeki yang halal untuk kehidupan akan datang..InsyaAllah.

Wednesday, December 8, 2010

RED is danger !!

Salam tahun baru sahabat...

Tahun ni sue sambut dengan demam hehe. Kemungkinan besar badan sangat2 penat..traiffic light pun kekadang rosak ye dak? hehehe. Takpalah..sesekali Allah beri rehat PERCUMA.. terima ngan redha. Badan sakit2..hmmm tak sedar diri dah makin tua pun iya jugak haha.

Adik pun balik bercuti dgn famili dia di rumah.. Rumah kami kalau ada yang balik biasalah..makanan banyak sangat. Tak menyempat2 dah perut lapar..asik kenyang jerr. Tak best la..time dia balik demam pulak tapi layan gak berjalan sana sini. Dia pun tengah pegnen..layan jerrr la..hehe.

Banyak gambar2 nak upload kat belog ni cuma xsempat lagi.. Jap nak buat checklist apa keje penting nak kena buat;
1) Laporan Bulanan PJK~ sent thru emel (LEWAT sesangat..lebih due date. Minta maaf EnRosli..saya demam Netbook :)
2) Laporan Akhir Netbook ~ masih dalam pembikinan..ampun lagi sekali EnRosli.. huhu
3) Laporan Kewangan PJK ~ masih panas..baru je siapkan.. jap agi nak emel (emel suddaaa)..
4) Cooling pad kena amik.. stok dah sampai
5) Buat pengaktifan netbook 2unit ~ esok nak ambil kol 11pagi.
6) Bayar Bil Air (RM15) to owner..~ ready voucher

Eerrr... macam banyak lagi nak kena buat ni...merah lagi banyak dari kaler2 lain. Danger!! Otomen pun kalau dah kurang power..lampu merah dia lip lap lip lap...

p/s: xsempat nak upload gambar..sowy sahabat!

Thursday, December 2, 2010

Sebuah Penantian Sia-Sia

Salam...Sibuk dengan kerja2 office dan perkara2 berbangkit memaksa otak untuk berehat berfikir tentang dia..teruk kan?? bukan kerja yg teruk cuma diri sendiri yg sangat teruk hehe. So dapat la jadikan sibuk sebagai alasan... kesian cik sibuk hehhee.

"Memikirkan talian cinta tak berkesudahan & bagai tiada pengakhiran..rasanya tak salah kalau jalan sulit ni yang dipilih. Bukan bermaksud nak menyisihkan kasih sayang yang dia curahkan..perhatian yg diberikan..cuma segalanya bagai tiada pengakhiran... Membazir waktu menunggu.. Mengeringkan sisa2 cinta yg masih berbaki.. lema kelamaan mematikan rasa hati. Jawapannya nanti..noktah.

Sedangkan dia masih meneruskan kehidupan seperti normal walau tanpa aku. Masih sama.. ada cinta.. ada jasad bernyawa untuk sayangi & dicintai..pendek kata ada segala2nya. Tak ada apa yg ditunggu.. tak ada apa yang dinanti. Kasih sayang disemai setiap hari.. diseri lagi dengan cahaya hati. Kedengaran sangat asyik ditelinga.. kelihatan sangat sempurna di mata kasar kebahagiaan itu.

Gambar dari Cik Google

Tapi aku? Menanti tanpa pasti..janji entah bila tertunai.. tunggu & terus menunggu.. kehadiran cinta hati yang ntah bila akan muncul. Atau mungkinkah hanya sekadar gurauan."

Wednesday, December 1, 2010

Buat Duit

Salam..
Dua tiga hari ni banyak bercerita pasal duit je..

Kata orang duit buleh dicari..kasih sayang tak leh di beli. Ada duit boleh bahagia..xda duit boleh merana.. Ada duit orang pandang..xda duit orang hina. Hmmm..betapa pentingnya duit dalam hidup kita sekarang kan?
Duit EnGoogle....

Kalau zaman mak abah kita dulu 5sen pun dah cukup besar untuk buat belanja sekolah. Tapi anak2 kita sekarang RM1 pun tak cukup nak makan di kantin. Ya la..zaman berubah, segala benda pun berubah..macam entry Sue Serba Salah dulu maknanya kita perlu bersedia untuk menghadapi perubahan dalam kehidupan kita.

Tapi kalau bercakap pasal duit ni..kata orang2 tua.. adik beradik pun boleh berbalah, bercakar sesama sendiri. Betul..semua orang akan jadi buta hati, buta rasa & buta segala-gala kalau bercakap soal duit. Nau'zubillah..Mohon jauhkan lah kami adik beradik dari jadi macam tu.

Sue pun tak suka nak berkira sangat kalau pasal duit ni cumanya biarlah berpada-pada dan kena pada tempatnya. Jangan anggap semua orang terbeliak biji mata bila tengok duit..ada jugak orang yang sentiasa berwaspada dengan duit dan sumber dari mana datangnya duit tu walaupun orang tu sangat2 memerlukan.

Kita sendiri yang mencorak siapa kita..

Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking