Tuesday, November 30, 2010

Serba Salah

Salam...
Hmmm otak penat berfikir..serba salah.

Macam2 permasalahan yang timbul.. macam2 yang perlu kita tempuh yang mana setiap satunya tak sesuai untuk dikongsi dengan orang yang xsepatutnya. Adakala sesetengah masalah keluarga kita sendiri..xsesuai nak share ngan kengkawan. Dan adakalanya masalah tentang office, rakan sekerja atau sesiapa di sekeliling kita xsesuai untuk kita kongsikan bersama keluarga.

Begitu jugak dengan keputusan yang kita buat.
Walaupun kita dah buat sesuatu keputusan untuk sesuatu keadaan tu.. Adakala bila tiba saat kita menghadapi keadaan itu, situasinya tak seperti yang kita jangka.. jadi kita patut bersedia untuk sebarang kemungkinan atau perubahan yang perlu kita lakukan bagi menghadapinya. Bak kata orang mesti ada Plan A dan Plan B.. Yang pasti.. walau apa perubahan & permasalahan walaupun di saat-saat akhir harus kita dilalui jugak.

Kita sendiri xmampu nak puaskan hati semua orang. Kita pun bukannya manusia yang amat sempurna.. setiap dari kita ada kelemahan dan kelebihan tersendiri. Kekadang tak faham dengan sikap orang disekeliling kita dan ada kalanya kita tak faham dengan diri kita sendiri jugak.

Huhhh.. Kata org tua2 'tak baik mengeluh'. Tapi itu lah yang sering kita buat bilamana kita dah tak mampu nak menghadap masalah2 yang kita rasa remeh dan tak perlu kita fikir sebenarnya. Tapi menyemakkan kepala.. sebaik2nya buangkan saja. Adios.

Monday, November 29, 2010

Kesian Anak Mummy

Salam...
Mmm..kesian anak mumy. Itu saja yg mampu diluahkan. Ya lah... kebelakangan ni banyak sangat keje2 yang perlu diselesaikan yg membuatkan balik sampai jauh malam. Bila balik dah..anak dah tido. Tapi pagi sempat mandikan & siap kan dia.

Ambil peluang bila dapat off baru2 ni bawak dia keluar.. itu pun sambil ambil stok barang la..submit borang la.. macam2 lagi lah. "eh mumy..kita makan pizza ya?". Errkkk..high taste sungguh si anak nih..pulus mamy dah tipis nih tapi singgah jugak Pizza Hut demi anak. Nak buat camana..
Tengok lah aksi2 dia kat situ..bukan dia yg makan..mamy nya yg lebih makan huhu. Dia dah lepas makan sikit terus potong kerusi PizzaHUt ngan pisau haha. Takpa lah.. janji mamy dah manfaatkan masa-masa yang ada dengan anak. Bukannya apa..kekadang rasa bersalah tu wujud dalam diri bila xdapat luangkan masa dengan anak..

Sue pasti ibu2..mak2.. mummy kat luar sana pun rasa apa sue rasa kan kan kan? hehehe... Jadi kena la ganti balik masa2 bersama tu untuk anak2. Anak2 tak pandai nak bersuara tapi kita sendiri kena make sure apa yang kita bagi tu dah cukup atau tak.. bak kata org zaman sekarang ni 'sendiri mau ingat lah'.. :)

Thursday, November 25, 2010

P.E.N.A.T

Salam...
Kekadang kawan tertanya2..
"eh ko ni tak reti penat ke?"

Ntah la apa jawapan yang sesuai nak sue berikan..
Bukannya tak penat.. tapi memikirkan tanggungjawab terletak atas kepala kita.. So kita kena buat walau apa keadaan sekali pun. Eh ye ka cam tu? Itu pendapat sue la.. Sue tak tau pulak orang punya pendapat. Kalau dah nama tanggungjawab tu.. nak tak nak kena gak buat.
Huhuhu...macam nak nangis pun ada kalau kita dah try tapi tak dapat buat apa yang sepatutnya kita selesaikan.

Tapi apa yang penting.. sifat mencuba. Cuba selagi terdaya.. Yakin boleh!

Tuesday, November 16, 2010

Netbook oh Netbook...

Salam..
Penat dan bahang masih terasa.. Esok dah nak Raya Haji, hapah persiapan pun tak buat. Serah bulat-bulat kat mak & abah. Bukan malas.. tapi xsempat..huhu. Baby? baju raya puasa ada lagi hehe.. minta maaaf anak, mamy sibuk sangat.

Cuba tengok pic ni..
Dengan kotak-kotak yg penuh ngan borang2 yg perlu di key in dan checking dan ntah hapa-hapa lagi huhuhu. Kekadang rasa macam nak nangis. Tidaaaakkkk...esok nak raya. Abang sekeluarga pun dah on the way nak balik.. nak raya jugakkkkk.... huhuhu. Dalam kepala hanyalah ada Netbook.. Inilah penangan Netbook 1 Malaysia.

Tapi yg seronoknya dapat berpeluh sama2 ngan pelajar sekolah yang terima Netbook tu. Dapat gaduh2 ngan cikgu.. dapat marah2 adik2 yang tak pandai beratur.. huish macam2 lagi lah. Yang paling BEST...dapat PENAT :)

Monday, November 15, 2010

Intel Learning Program Part 2

Salam..
sibuk betul la sekarang..badan pun penat sangat. Kadang2 rasa macam tak berdaya je. Bayangkan balik je dari kursus ni dah terlibat dalam pengagihan netbook kepada pelajar sekolah menengah Parlimen Jeli, Bachok dan Tumpat. Just imagine betapa sibuk dan penatnya badan. Tapi semangat tu kuat lagi..

Ni nak sambung sikit part 2 Intel Learning Program nih. Combination dari 3 aspek penting ; Literacy Tecnology, Critical Thinking dan jugak Colaboration. Sangat kritikal hehe.. Benda yang simple atau asas tu kadang2 kita miss out kan..

Programnya sangat mudah dan asas cuma kita perlu berfikir utk hasilkan satu persembahan yg baik. Semuanya cukup lengkap dari segi Graphic (MS Paint), Word Processing MS Word), Spreadsheet (MSExcell) dan Multimedia (MS PowerPoint). Ini diantara hasil perbincangan dan kerja kumpulan.
Handphone semua tunggang langgang sibuk sangat buat kerja hehe. Oppss.. terlebih sudah. Nak masuk office dah..key in borang netbook. Nantikan entry terbaru nanti tentang Netbook..

Saturday, November 6, 2010

Intel Learning Program (Part1)

Salam..
Rindu sangat nak update Suesephia ni..hehe. Tapi masa tak membenarkannya. 4 hari di Subang menghadiri ILP..suasana meriah & seronok. Nasib baik tak mengantuk.. langsung takda rasa mengantuk. Credit to our great trainer Cik Rose.. superb sangat. Tak sempat nak menulis panjang.. akan di continue dalam part 2.

My Group ~ Monitor

Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking