Tuesday, July 27, 2010

Mata oh Mata..

Salam...
Aku menyibukkan diri aku lagi dan lagi... My brilliant plans before August ni.
~ Complete my Office Financial Report
~ Complete my Monthly Report
~ Complete half of my order (raya cookies)

Harap2nya semua akan tercapai dengan jayanya. Bukannya apa..aku taknak kelam kabut nanti. Haru biru jadinya.. Attend course on da August 1st week tu dah amik masa aku banyak dah. Actually aku dah boleh up kan sikit usaha naikkan total cookies tapi dah kensel because of da course. Takpa.. kat situ nak tengok kecekalan dan semangat aku menyiapkan semua tempahan hehe. Yakin boleh....!! Kekdang tu aku rasa macam aku tak mampu lakukan.. tapi sebenarnya aku mampu.. aku boleh.

Thanks EnGoogle for da nice eye..

Mata oh mata.. jangan lah kau selalu nak tutup. Sebab aku perlukan kau supaya dapat menemani cookies ku semua di dalam oven supaya tak hangus.. baking time & memantau cookies dalam perbarisan masa deco2..biar lawa2.

Mata oh mata.. jangan lah kau tersilap pandang.. Angka-angka di dalam akaun for financial report yea.. Jangan juga kau selalu nak tutup.. kerana itu akan membantu aku menggagalkan my brilliant plan..

Keep up your speed Suesephia boleh..!! (motivasi diri kekekeke...)

Wednesday, July 21, 2010

Sibuk

Salam...
Dah 2-3hari ni tak sempat nak berblogwalking. Mana tak nya.. rasa macam banyak sangat kerja. Tengok akaun tak balance pulak..sangkut kat situ lama. Dah drag masa nak buat benda lain. Monthly report dok menunggu dah tu..macam nampak je dok jeling2 kat aku. Pelupa sangat sampai maklumat yg Bos nak dari pertengahan Mac lagi aku belum submit.. haha. Menggelabah la semalam mencari Penggawa.. ke Pejabat ADUN la.. Majlis Daerah la.. kah kah. Padan muka, suka sangat buat kerja last minute pastu terlupa.

Gambar dari EnGoogle.. xde lah meja keje aku macam ni punya banyak bertimbun. Saja mau bikin havoc saja..


Agaknya aku kena terima hakikat.. semakin usia meningkat, semakin badan kita ni penat. Banyak toksik kot keh keh. Nanti kena pakai sejenis benda yang di tepek kat kaki tu untuk buang toksik lalala.. haha. Malam pulak.. aku sebok ngan project baking aku. Wuuiiih memag penat sangat.. tapi aku cuba buat seberapa cepat yang boleh. Yakin boleh !!

Baking Project (Masseh EnGoogle)

Wednesday, July 14, 2010

Biskut Raya 2010 (2)

Salam...
Dah lama tak mengintai2 blog kesayangan suesephia ni. Bukannya apa.. tengah sibuk sangat ngan order2 dan juga sampel biskut raya untuk jualan tahun ni. Alhamdulillah.. sambutan menggalakkan. Harap segala-galanya berjalan lancar dengan izin Allah...Amin.

Kawan2 yang nak tengok jenis2 biskut raya boleh le melawat ke blog bisnes aku kat SufeBoutique. yang mana berkenan tu, isikan dalam Order Form. Jumpa tak order form tu?.. kat bawah nuuuun sekali hehe kat blog tu la bukan kat sini tao hehe. Atau pun kalau nak direct email kat suesephia@gmail.com pun boleh...

Any request? email je la.. dak pun komen kat bawahni yea. Makasih kawan2.. Eh, entry aku takdak gambaq ka? huhu jap aku cari seketui.. Kecomelan biskut aku tu.. tengok terus kat link Sufe Boutique ni ya..

Dapat gak seketui dari EnGoogle..Maseh.

Saturday, July 10, 2010

Biskut Raya 2010 (1)

Salam...
Waaaa...puasa ganti pun belum habis. Bulan Ramadhan pun belum menjengah.. ni nak bercakap pasal raya dah. Kah kah... bikin malu saja.

Tapi ... aku nak cakap jugak hehe. Takpe laaa, aku menghangatkan lagi bahang raya 2010.. Aku ni nak bercakap pasal projek raya aku tahun ni. Kalau dulu aku bergerak solo.. ini kali aku berduet ngan my deary uncle..thank you pakcik. Wuihhh.. dulu aku ni berpeluh sakan menyiapkan tempahan biskut raya. Alhamdulillah...ada je kawan2 yang mengorder. Ini tahun, aku berduet ngan pakcik menyiapkan & mengambil tempahan. Hmm.. melebarkan sikit perniagan tahunan ni.
Ini dia diantara deco2 gempaq Biskut Raya 2010

Ya lah.. anak dah makin besar, of coz belanja pun makin banyak. harap2 planning aku menjadi lagi tahun ni macam tahun2 yang lepas. Nanti aku akan updatekan biskut2 yang kami dah prepare nanti. Doakan aku sahabat...

Thursday, July 8, 2010

Maaf kan Mumy Sayang

Salam..
Kita dah dewasa, at least kita tahu nak kontrol & jaga perasaan kita kan? Sekurang-kurangnya kalau agak2 dah menyimpang atau nak tergelincir tu kita tau nak back on the track. Tapi bila budak2 bercakap pasal hati & perasaan, tetiba aku jadi bodoh kelu..Dah jadi kebiasaan aku dok bergurau & bercakap dengan anak sebelum tido..tapi malam tadi dia lain sikit..

'Saya takda ayah kan mumy, tapi saya ada baba. Baba tak sayang saya ke?Baba taknak balik tengok saya pun..'

Aaaargh..tersentap aku! Macam nak menitik air mata aku, tapi aku tahan je lah. Sedih tu memang bersarang tapi aku dah dapat terima hakikat.. tapi untuk anak yang umur 3tahun, faham2 je lah kan.. Ya lah, salah aku jugak...

"Maafkan mumy sayang. Dah ditakdirkan jodoh mumy dengan ayah tak panjang. Ayah pun tak pernah jengok kita sejak umur sayang 1tahun setengah, jauh sekali nak beri nafkah pada kita. Telefon pun tidak. Mumytak tahu layakkah dia bergelar ayah, mungkin hanya dalam sekeping kertas buat sayang...

Mumy mengaku salah mumy perkenalkan seseorang sebagai 'Baba'. Nama panggilan tu kehendak baba sendiri, mumy tak pernah mintak. Cuma baba ni orangnya penyayang, dia mampu tunjukkan kasih sayang untuk kita walaupun hanya telefon sebagai penghubung. Baba selalu ingat sayang di setiap panggilan. malah, adakala baba call semata2 nak bercakap dengan sayang. Baba hantar wang untuk beli persiapan Hari Raya sayang yang lalu, katanya nak sayang berhari raya macam anak2 yang lain...mumy tak pernah mintak itu semua. Bukan niat mumy memuji dia & mengangkat dia lebih dari ayah .. tapi itu lah hakikatnya. Itulah cara dia melayan sayang walaupun sayang bukanlah dari darah daging dia sendiri. InsyaAllah, kalau ada ruang kelapangan, baba akan datang jumpa sayang suatu hari nanti.. Itu janji baba.. Mumy tak mampu mengiyakan atau menidakkannya.

Cuma...
Ada satu kesilapan diantara mumy dan baba. Kesilapan inilah yang membuatkan kami tergantung. Mumy & baba silap percaturan.. Berat untuk mumy luahkan tapi mumy nak sayang tahu. Baba sebenarnya milik orang lain, baba sebenarnya baba orang lain.. sayang. Itu membuatkan langkah mumy terhenti. Bukan salah sesiapa sayang, kami bertemu di satu titik yang kami sendiri tak tahu kesudahannya. masih tertanya2 sama ada kami masih boleh bersama atau tidak.. masih tercari2 jalan penghujung.

Mumy tak pernah berharap sayang.. Andai kata ada jodoh antara kami, mumy sedia terima pahit maungnya. Andai kata bertemu noktahnya..mumy redha. Cuma, biarlah kita menumpang kasih sayang baba sementara waktu ini.

Maafkan Mumy sayang.."

Wednesday, July 7, 2010

New Header

Salam..
Aku rasa teruja nak buat entry baru ni. Tak kesah lah ada orang nak baca ke tak.. Apa aku nak bebel kan harini bukan istimewa sangat (macam la previous entry semua istimewa hehe..). Aku nak bagitau ni.. aku dah tukar header baru..!

Macam la gempaq sangat kan.. Bukannya apa yang nak dibanggakan sangat. Cuma aku rasa teruja bila apa yang aku dah attachkan kat sini ni adalah hasil kerjatangan aku sendiri. Walaupun tak secantik & sehebat orang lain tapi aku punya sendiri. Dulu dah letak tapi amik dari searching template header kat Google jugak.. Tapi yang ini aku buat sendiri.

Ish.. ish... rasa macam kembang kempis je idung ni bila dah siap tadi.. Nak nangis pun ada hahaha. Aku ni macam ni la.. kekadang aku ni 'batu' takda perasaan & malas nak layan perasaan. Tapi kan.. ada jugak bila tetiba aku bertukar jadi seorang yang perasa.. bukan perasa ajinomoto tau kekeke.. mudah tersentuh.. angin satu badan.

Wey..jangan la kutuk aku. Adat la manusia kan.. manusia ni kadang2 macam gitu la jadinya. Hehehe.. takkan la korang tak de perasaan kan kan kan?. Rasa kawan2 lah.. elok ke header aku tu.. kalau tak elok bagitau la ya... Karang aku buat yang lain plak ehehe..

Tuesday, July 6, 2010

Bosan.. Teramat

Salam..
Wuuuiiish.. tak dapat aku gambarkan betapa bosan nya aku hari ni. Aduhai.. padahal pagi tadi aku rasa nak update blog la.. nak update foto baby kat FB la..semua aku tak buat. Tak tau kenapa. Tadi ada wakil TM datang explain pasal product pun tak leh nak concentrate..bengong betul la.

Ntah apa jadi ngan kepala aku ntah. Tetiba aku rasa macam nak tanya EnGoogle apa gambar yang kuar kalau aku search BOSAN. Kih kih..comey2 gambar yang keluar tau..tak kurang jugak ada yang tak comey. Kalau korang nak tau.. cuba la tanya encek google sendiri.. Ni aku share kat sini.. hihi (dah takde kerja gamaknya aku nih..hihi. Layan jer laaaa....)

Huh..memang bosan giler muka dia..
mucuk2.. muah..! Bosan + pemalas nih..



Pastu.. nih sekor lagi.. Memang tahap tertinggi punya BOSAN nih..
Itu versi haiwan tu..kita tengok pulak versi manusia..


Pastu aku jalan2 lagi tengok lagi apa yang aku berkenan nak tengok versi manusia pulak keh keh.. Ni pun best jugak. Tapi ini dah macam frust bercinta jerk.. tak pun buat kerja semua kena reject ngan boss hahaha. Nampak sangat ketensionannya. Tapi aku takleh nak buat macam ni sebab kamera kat atas kepala tu on 24hours.. karang terkena pulak aku.

Ada lagi satu paling best... mesti korang suka nih...

|

|

|

|

|

|

Bila muncul je gambar ni.. Terus sesi searching aku terhenti..
hik hik Takut...
Rasa macam tak nak BOSAN dah lain kali...

Thursday, July 1, 2010

Malam Jumaat Pertama !!

Salam...
Malam Jumaat atau malam pertama? Mana satu pilihan hati? sensored ni tau ..untuk orang2 yang dah berkahwin jer..hehe. Ish ish..aku pun dah berjangkit ngan kawan2 bloggerz nak menulis topik2 hangat sebab nak up traffic waaaaa. Memandai jer nak bagi tips tak hangat hehe. Tpis ni pun dapat dari blog kawan2 lain..makasih ya.

Takda lah.. ni aku nak ceta sikit ni. Aku ni kan, melalui malam pertama.. hmmm malam pertama bekerja pada waktu malam laaa. Korang ni kan..suspen jer hehe. ini lah 'First Nite' aku bekerja waktu malam kat sini.. Ini sebagai percubaan je, kalau dapat sambutan di kalangan anak2 tempatan, aku akan teruskan. Tapi kalau sambutan tak berapa menggalakkan, kenalah kuburkan niat ni..hehe.
Inilah batch pertama yang ada bersama
pada 1hb Julai 2010


Dah lama sebenarnya plan nak bukak Pusat Jalur Lebar Komuniti pada waktu malam.. tapi atas sebab-sebab keselamatan, kami tangguhkan dulu. Ini pun atas sebab-sebab permintaan daripada ahli terpaksa lah kami cuba dulu.

Ini lah juga First Night aku menulis entry di office pada jam 8.30 malam.. Waaa,dah berapa kali First Night dah nih. Okay lah..taknak entry panjang2..aku nak blogwalking jap..jom follow!

Aku Kembali

Assalamualaikum Last posting Okt 2022 rupanya. Sekian lama aku dah tak singgah sini. Maksudnya apa? Hati aku kosong walau banyak yg berlaku ...