Tuesday, June 29, 2010

Puteri Impian

Salam...
hehe..kawan-kawan ingat lagi tak dulu2 ada satu cerita namanya Puteri Impian? Alaaaa..yang Amy Mastura berlakon ngan anaknya Uji Rashid tu la..apa namanya Chiko? kalau aku salah eja nanti bgtau ya.. Tak semena2 dia boleh merasa jadi seorang puteri dek kerana berani dia memasang angan2 setinggi tu hehe. Bertuah badan...

Aku nak bagitau ni, bukannya aku nak jadi puteri jugak.. Tapi kalau dah takat2 umur aku ni dah tak layak jadi puteri..dah kena jadi permaisuri dah..kah kah (berlagak tak ingat). Korang senyum kenapa??? aku sedar diri aku ni dah tua hehe... Aku nak bercakap pasal "IMPIAN". Dulu aku selalu impikan nak sebuah keluarga yang bahagia..tapi aku dah luputkan impian tu. Dah masukkan dalam mesin pengisar pastu blend hehe. Pastu aku nak ada sebuah kereta yang agak2 sporty macam Satria.. Aku dah pernah ada, dulu la... Bila aku dah xsehaluan ngan x-husb semua aku lepaskan dengan rela hati. Takpalah.. aku redha.

Lepas tu aku setkan impian baru aku sehaluan dengan keadaan semasa aku. Aku nak ada kereta sendiri.. taknak lah selalu dok guna kereta abah. Aku tau adik beradik aku tak akan mengata macam-macam tapi aku ada impian aku sendiri nak sesuatu dari hasil titik peluh aku..untuk aku dan baby. Alhamdulillah, aku dah dapat apa yang aku nak.

27hb Jun 2010 yang lepas aku dah terima sesuatu yang menjadi tanggungjawab aku untuk menjaganya. Sebelum ni pun aku bertanggungjawab jugak jaga SAGA abah hehe.. makasih abah...tapi ini lain. Aku nak anak aku happy dan aku nampak muka happy dia bila dia dok dalam kereta tu. Tak kesah walau kereta tu 2nd hand ke 3rd hand.. yang penting itu hak kami SueSephia.

This is our SueSephia

Sekalung penghargaan...
Terima kasih kat adik aku sebab sudi memberi kepercayaan kepada aku untuk menggalas tanggungjawab ni. Terima kasih pada abah yang selama ni bagi aku guna SAGA kesayangan dia.. pastu abah & mak tolong ambik plak SueSephia tu di KL.

Terus terang aku cakap bila aku 1st time drive, air mata aku mengalir. Aku tak tau kenapa.. jadi aku xleh nak share kat sini. Aku menulis bukan untuk menunjuk2 tapi aku nak bagi semangat pada orang2 yang merasa kepayahan dan kesusahan seperti aku , bahawasanya kita mampu bangun dan berlari seperti orang2 lain jugak. Jangan pernah merasa diri kerdil kerana kita adalah manusia ciptaan Allah yang paling indah. Alhamdulillah, terima kasih Allah.

Saturday, June 26, 2010

Love Frame

Salam kawan2..
Kan aku dah kata aku rajin kan kan.. Tak sampai 30 minit aku post entry, rasa macam nak post lagi satu hahaha. Aku dah sengal dah...

Takda apa lah..aku nak share aku punya frame baru yang aku namakan Love Frame wah wah wahhhh. Bukannya apa frame aku aku letakkan koleksi foto2 aku dan baby... alaa bukannya banyak pun dalam 6 keping je..hehe. Frame ni uncle aku yang belikan masa sama-sama g jalan ngan dia..makasih Uncle Jass.

Inilah dia rupanya frame tu..comey dak?
Kalau korang kata tak comey pun aku tetap kata comey hehehe.

Aku sebenarnya dah habis office hour..tapi kan anak aku tertidur kat bawah meja tepi kerusi aku..hehe. Malas nak kejutkan dia..biar dia tidur puas2 dulu, karang bila bangun takda lah dia melalak. Baru lepas ngumpat dia..dia dah celik. Aku nak layan dia dulu sebelum dia melalak.. adios.

meow..meow

Salam kawan2...
Weehu..sukanya tengok kulit baru belog hehe. Nampak cam lawa je..tapi kekadang nampak macam serabut plak. Tapi takpa..dengan barunya kulit belog, aku jadi semakin rajin meng'update' belog hehe.

Entry terbaru ni nak ceta pasal kucing2 aku. Alaaa..kalau korang ingat entry yg dulu tu Family Neng..tapi Neng dah mati eksiden. Pastu tinggalkan anak-anak dia untuk kami besarkan.. 2 daripadanya dah mati jugak (rindu ngan mak dia kot)..tinggallah 2 ekor. Aku ngan adik aku namakan 'Olang' ngan 'Owen'.. macam nama pemain bola plak ya. Tapi korang kena pronouncekan betul2 sebab 'Owen' tu adalah sebutan pelat bagi oren hehe. Ni ha rupa budak 2eko tu..

Si baby kalau dapat main ngan Olang..
huh gamatnya tak ingat dunia dah..


Ini lah si Owen..

Hmm..release tensyen jugak kalau dapat tengok gelagat budak 2ekor ni. Tak da rasa penat nak berehat..main je kerjanya. Ok lah..kalau aku rajin nanti aku meng'update' lagi ya... bye !

Friday, June 25, 2010

Cinta Terakhir

Salam..
Pagi tadi aku berjalan2 ke You Tube.. pastu tetiba terjumpa lagu yang sungguh menyayat hati (untuk aku lah..untuk orang aku tak tau..hehe). Meh kita dengar lagu nih..tangkap leleh wooo..



Ada betulnya lirik lagu ni bila kita menghayati.. Iya lah kan..
~walau macamana sayang kita pada seseorang tu,
~walau setinggi manapun cinta kita pada dia
~walau sebesarmana pun kita berkorban untuk dia
tapi kalau ditakdirkan Allah dia bukan milik kita.. dia tetap bukan milik kita..

Waaa... pedih nya rasa hati nih..huhu.
Layan lirik lagu ni ya..

Cinta Terakhir~Aiman

Kau Cinta pertamaku
Engkau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita...

Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia...

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir...

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ditentukan Tuhan....

Wednesday, June 23, 2010

Rebus..Bakar & Makan...Zalim !

Salam...
Hehe..zalim dan jahat je bunyi tajuk entry tu kan. Apa pun berjaya jugak aku menge'post' entry baru hari ni.. Pagi tadi ada lawatan dari pihak2 atasan ke office..waaaa teruja betul. Dah settle melayan lawatan tu barulah sempat nak berblog.. Taknak tulis entry banyak2 rini, nak biarkan kawan2 bloggerz teruja dengan makanan ala ala thai ni plak hehe yang namanya 'chim chum'. Ntah apa maknanya jangan lah tanya aku hehe. Dah lama nak bawa mak & abah datang sini tapi depa asyik menolak jer... malas nak makan luar kot. Nak tau apa rebus..Bakar dan makan.. hah baca lagi..

Sebenarnya aku plan nak g beli sumthing tapi tetiba rasa nak makan kat sini ... apa lagi tuju je lah. Ini lah hasilnya.. Kata taknak cakap banyak tapi banyak jugak ni hahaha.. Ok lah, tengok lah foto2 gedik kami menghabiskan makanan yang namanya 'chim chum' nih.
baby yang nak start sibuk bila nampak makanan atas meja


bahan mentah yang belum di masak (rebus/bakar)
sebelah tu sos~pedas & manis


Dah start mendera - rebus & bakar! zalim...


Ready..get set... GO! makan... Bismillah..


Perut dah kenyang...balik time !!

Dah lama xkuar malam2..best pulak rasanya hehe.

Pemalas

Salam...
2-3 hari ni aku rasa aku ni pemalas betul. Ada banyak benda nak dikongsi sebenarnya tapi malas nak mengupdate blog hehe.

Baru2 ni aku ada buat cuppies untuk kawan pun belum update... pastu ada satu hari tu aku bawa baby g jalan-jalan cari makan waktu malam pun belum upload gambarnya.. banyak jugak lah. Dah kena tag pun lom jawab lagi. Maaf lah ya member yang mengetag, nanti saya mencuba sedaya upaya untuk menjawabnya :) peace tau..hihi

TQ Uncle Google !

InsyaAllah hari ni akan keluar jugak entry JJCM (Jalan-Jalan Cari Makan) bukan edisi Maria Tengku Sabri ataupun Serena Ridzuan tapi edisi kami yang makan tak ingat dunia keh keh. Ni pun dah pukul 6.30pagi.. nak g tolong mak buat air & sarapan dulu, aku ngan adik puasa rini.. bubuyyeeeee..

OOppss..Chumel tak plaq JJCM..naaah!

Tuesday, June 22, 2010

Nothing Interesting

Salam kawan2...
Ish lama jugak tak menulis sesuatu dalam blog ni haa. Sebenarnya macam banyak nak di update tapi kesuntukan masa dan macam ada je yang menghalang. Sibuk ngan kerja.. melayan si anak.. Alhamdulillah ada pulak member yang order cuppies untuk birthday anak saudaranya. Rezeki tu.. itulah yang membuatkan hari2 bertambah sibuk.

Ahad & isnin adalah hari kelepasan aku. Biasa lah..ahad tu memang dah plan nak g beli kertas A4 office, semua dah nak habis. Toner printer pun sama jugak dah habis terus. Hmm..aku angkut mak & baby sekali hehe..bukan apa buat temankan aku.

Mula-mula pergi makan dulu.. biasalah mak tu kalau tak makan karang hypo (kurang gula dalam darah).. baby pulak kalau tak makan kurang manis dalam senyuman.. banyak pulak hik dan hek yang bunyi. Dah lepas makan aku g Mydin memborong kertas A4..berat woooo.. Lepas tu si baby ni pulak suruh dokong dia..ish2 dah macam apa ntah aku jalan kiri kanan berat. Huh penat gila, kereta parking jauh plak tu..anak..anak.

credit to en google.. foto kertas A4 :)

Pastu pergi mencari toner pulak..hehe. Alhamdulillah..dapat. Balik je..terus singgah office hantar toner..nasib baik aku cepat, kebetulan pulak ada ornag menunggu nak print. Hehe, sabar je lah. Awal2 dulu tak nak beli..hehe. Biasa lah aku..bukan namanya aku kalau tak last minute preparation :)

Wednesday, June 16, 2010

Piala Dunia 2010

Salam semua..
Waaa..semua orang tengah demam bola sekarang kan. Pacar-pacar sekarang ni bangun pagi je..mata merah. Almaklum layan bola kat big screen restoran atau kat kedai mamak. Senario ni selalu aku tengok kat area KL.. kat kampung toksah dok gebang..mengadap TV kat umah jer la..hehe. masa ni lah makan bola.. tido bola.. minum bola.. apa-apa semuanya bola lah..

Aku pun bukannya minat sangat bola nih. Tapi kekadang tu layan jugak..hehe. Tadi masa aku nak baca Harian Metro Online tertengok la plak link Piala Dunia 2010 kat situ. Rupanya Metro pun ada sediakan page istimewa utk peminat bola... Aku pun menjengok la kat page tu..waaaa meriahnya! Macam2 ada kat page tu.. keputusan perlawanan Piala Dunia 2010, foto-foto menarik Piala Dunia 2010.. tak kurang jugak cerita-cerita sepanjang Piala Dunia tu lah. Tak semena2 aku minat ngan bola haha. Ni haa aku share sikit gambar kat page tu... Meh kita share kemeriahan bola kat Afrika Selatan ni..

canteq..meriah

laaagi meriah..hehe

Banyak lagi foto-foto menarik kat sini kalau kawan kawan nak tengok.. Happy viewing yea..!!

Tuesday, June 15, 2010

Melayar Bahtera

Salam...
Wow..minggu ni tak putus-putus utusan raja sehari. Alhamdulillah..semuanya cantik molek & hensem bergaya. Majlisnya siap ada kugiran nyanyi2 lagi..pelamin dihias canteq..hantaran lagi lah meletop..hihi.

Aku ni sebenarnya pergi setakat memenuhi jemputan je tapi hakikatnya cuma jasad aku kat situ..hati & perasaan tidak. Bukan niat aku mencemburui kebahagiaan mereka, cuma aku terkilan bila apa yang aku impikan utk majlis perkahwinan aku tak terlaksana. Bukan nakkan kenduri yang mewah& besar.. aku percaya semua org punya impian kan...

Episod majlis perkahwinan aku..
~ teringat bila aku sendiri yg menyiapkan hantaran ke 2 belah pihak
~ tersentuh hati bila keluarga belah xhusb langsung xdtg.. sebab menunggu anaknya yg bakal bersalin
~ menitis air mata bila xhusb hanya beri aku gaji RM500(dulu aku keje ngan dia). Mana cukup nak cover pelamin, sewa baju..kenduri.. sengal!!
~ pedih hati bila aku terpaksa keluarkan simpanan tabung haji utk beli cincin kawin..sbb xcukup duit
~ hancur hati bila xhusb muncul sehari sebelum majlis katanya terlalu sibuk (sedangkan kami bekerja sendiri..bila2 pun buleh cuti)

Bila aku fikirkan balik.. sepatutnya pada detik tu aku dah tamatkan segala2. Tak payah nak teruskan.. cuma aku xnak abah, mak & keluarga aku malu dengan keputusan aku. Aku tahu mereka dah bantu aku sedaya upaya utk sempurnakan majlis tu..

Mujurlah aku punya keluarga yang sayang & faham akan diri aku. Merekalah membantu menghidupkan majlis. Dan...itulah kemeriahan perkahwinan aku..!

Saturday, June 12, 2010

Anak..anak

Salam..

Memang kecoh betul lah kat rumah. Bila dah ramai time cuti sekolah.. si baby plak buat perangai. Asal tak dapat apa2 je.. dia akan meraung, menangis kuat2. Geram betul menengok nya..rasa macam nak piat jer telinga. Pastu kadang2 apa kita cakap ni xnak dia dengar plak tu.. nak soh dengar cakap dia je. Jeritan dia tu satu rumah boleh dengar .. telinga mamy ni dah nak pekak dah terkena frekuensi suara dia yang nyaring tu. Malu betul ngan mak & bapak sedara dia yg balik kanpung bercuti..eish baby.. baby.

Tadi.. sampai atok pun dah naik berang ngan perangai dia terpekik telolong. Hish..mumy ni dh abis tahap mendidih darah dah tapi try to be cool. Bila semua orng marah dia.. mamy plak yang jatuh kesian. Bila si baby dah dapat kontrol diri...baru lah dia nak peluk mamy sambil dokong. Aduhai...sedih plak menengok anak kena marah. Hmm..sampai mamy pun meleleh. Last2..dia tertidur sambil menangis..kesian plak.

Bukannya apa anak sayang... mamy nak anak jadi anak yg berguna satu hari nanti. Jadi, dari sekarang lah kena di bentuk supaya hormat org tua.. ada adab tata susila. Baby ni ada angin.. selalunya dia ok, tapi biasalah budak kan. Ada angin kus kus nya datang..hmm jadi lah macam tadi. Mamy marah tu sebab nak mengajar.. bukan marah sebab mamy benci. Mamy sayang sangat baby.. sebab mamy cuma ada baby !

Friday, June 11, 2010

Arwah Timie

Salam..
Macam sedih je baca topic entry tu kan.. Memang sedih pun.

Aku belikan dia banglow mewah..aku belikan dia makanan yg sedap2 supaya dia selesa. Pastu tiap2 malam aku pekak kan telinga je kalao dia dah start buat bising. Dia paling suka kalau aku lalu sebelah dia.. tak senang duduk dia. Lompat sana..lompat sini.. panjat sana..panjat sini..guling2 sana.. guling2 sini. Release tension aku tengok gelagat dia.

Kalau aku masak, dia pun xsenang duduk. Hidung dia kemut2 jer cium bau apa yg aku masak. Dia cukup suka kalau aku goreng kentang..nak mintak sampai tgn dia kuar2. Bila tengok muka cian dia tu..aku bagi sebatang..abis. Dia dah kenyang...tido tekangkang keh keh.

Dia pernah buat jantung aku nak tercabot. Satu hari aku tengok dia ilang..xda. Aku cari kat tempat2 yg dia selalu pergi..tapi xda. Aku dah nerves... Bila aku bukak pintu jengah keluar, aku tengok ada sekor kucing menjilat bibir,kaki semua dia jilat.. pastu kucing tu tengok aku macam bagi mesej 'aku dah makan hamster ko!!'.. air mata aku dah nak kuar..

Tetiba kaki aku rasa geli..macam kena jilat. Waaaaa..Timie ada lagi.. Aku ingatkan Timie dah sesat masuk mulut kucing tu. Aku cium2 dia..rasa macam nak picit jerk budak kecik nih. Geram tahap hamster dah aku (erk camana tu ya?). Kasik hadih kentang rebus sikit..soh dia tido.

Alkesahnya Timie tu hamster aku suatu masa dulu.. Dia la tempat aku cerita masalah.. aku nangis dia tau tau.. kelip2 mata dia tgk aku, diia dok diam2.. Kalo aku cakap ngan dia kekadang tu dia buat xtau gak hehehe. Dia yg teman aku masa x-husb aku selalu tinggalkan aku. Tapi dia dah xda.. dia mati sebab sakit mulut. Aku bawa dia g klinik.. Dr Vet kata xleh nak buat apa sebab nanti kemungkinan mati after operate tu lagi tinggi sbb organ2 dia kecik je. Hmmm..tapi masa dia mati tu aku xda. Ralat jugak rasanya. Tapi xpa..dia tahu aku sayang dia.

Jadi...aku dah gantikan ngan Timie baru. Kat sebelah ni..kalau member2 singgah sini, tolong lah bagi makan.. main2 ngan dia sekali sekali ngan klik nuff tu ya..hehe. Sempat lagi mengempen tuh..keh keh.

Wednesday, June 9, 2010

Salam..
Hmm..terpanggil nak bercerita kemeriahan dan kekecohan kami sekeluarga. Cuti sekolah kali ni, aku dan adik beradik plan nak sama2 balik dan bersuka ria di rumah dengan abah & mak. Hehe..my deary uncle pun tumpang sekaki menceriakan keadaan.

Bayangkan lah bila lima keluarga dalam satu rumah..kekecohan terasa sangat. Ya la..bila aku je ada kat rumah dengar suara si baby je. Tapi bila abang dah balik dengan hero & heroinnya, adik pun balik dengan heronya..gamat rumah atok & mak tok dibuatnya. 3 orang tu pun dah cukup kecoh dan bising dengan suara jeritan.. nyanyian.. ketawa..menangis.. terjerit sana sini. Eiiii..aku pun tak larat nak layan. Bila yang tu diam..yg ni plak mengacau. Bila dah tido tiga2 tu rasa macam sunyi sangat plak... sampai kita yg tua ni pun nak tetido hehe (dah memang kaki tido puun...).

Aku ngan adik aku memang rapat.. Bila dapat peluang bersama ni banyak perkara suka duka yang dikongsi. Ada seperkara hingga mengalirkan air mata.. Bila aku kenang balik harini macam malu pulak menangis depan dia.. but she is da best person i ever have to share my feelings. Ntah kenapa senang sangat air mata mengalir depan dia. Tutup kisah menangis..

Kami buat makan2 macam raya plak rasanya.. Aku pun sponsor jugak cupcake untuk family.. special dedicated untuk Abah & Ikhmal (hero adik pompuan aku) yang sambut Bday bulan May. Nanti aku sharekan sikit gambar kat sini..hmmm mana best entry kalo xda gambar kan.

Jom tengok sini..
^
^
|
|
|
|

nak bergambar pun tak sempat nak kira 1.. 2 3 dah..


tengok si kecik tu dah ceduk krim kek hehe...

Tuesday, June 8, 2010

Cuti Sekolah ~ Kenduri Kawen

Salam...
Wahaaa..lamanya xmenjengok dan menulis sesuatu kat blog. Musim cuti sekolah sinonim dengan kenduri kawen. Hmmm..aku pun kena jugak menjengah kenduri kawan rapat. Almaklum si baby memang suka makan nasi kenduri..pe lagi,ku bawak la dia sekali. Aku tumpang ngan sorang lagi member pergi sana...huuuuii meriahnya. Pengantin pakai baju kaler kuning ngan hijau..canteq sangat.

Hmmm..dari dulu lagi memang dah plan nak bagi cupcake untuk pengantin. Cuma designnya taktau macamana hehe. last2 aku buat jugak malam2 buta decoratekan cakenya. Alhamdulillah..walau tak seberapa..ianya ikhlas dari aku untuk rakan sekerjaku yang tanpa aku sedari...mak dia pun kawan baik mak aku hehe. Sungguh kecil dunia ni kan...

Simple je aku decoratekan cup cake utk pengantin.
Tak heavy sangat ngan butter krim..Takut muak rasanya nanti.
Basenya kek coklat..yang 4ketul tu aku buat choc toping pastu butter cream
& hiaskan dengan choc roll.. !

Lepas decorate bekasnya...ngan reben lace putih dan sekuntum bunga satin.
Rasanya dah cukup cantik (dari pandangan mata aku laaa....) hehe...

Sekalung TAHNIAH aku ucapkan untuk Muni & Mirul yang telah selamat dijodohkan pada 28hb Mei 2010. Semoga perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat dan dianugerahkan anak2 yang soleh & solehah.. Amin.

p/s: Suka melihat kegembiraan rakan2

Wednesday, June 2, 2010

Berusaha Selagi Terdaya

Salam..
Hmm..harini dan semalam terasa diri ni begitu sibuk. Report belum dapat disiapkan lagi...banyak lagi yang miss out.

Ada pulak beli sedikit stok untuk online butik..nak kena update jugak. Anyway..semua nak kena buat dalam pada masa yg sama. So, kena bahagi masa betul2. Report mesti dihantar ikut masa yang telah ditetapkan sebelum 5hb every month... Financial report..done! Well..stok juga kena jalan. Kalau tak nanti jadi stok lapuk...hehe.

Friends.. please visit my online business at Sufe Boutique. I did re-stock a few shawl & tudung for your viewing. Kalau ada yang berkenan..do inform me.... Sambil menyelam minum air ni kawan2 bloggers.. thanks mmmuuuah..!

Tuesday, June 1, 2010

Sebuah Kemaafan

Salam..
Hmm..jam dah 3.30pagi ni. Aku kena halau ngan anak..ada ke patot dia soh mumy tido kat bawah..kah kah. Bila dah transfer tido..tetiba plak xlena. Tak tau apa nak buat..pe lagi on pc la...hehe.

Dah hilang penat aku travel dgn train.. mak aiii penat sangat rasanya. Selalunya aku amik tempat tido..tapi kali ni aku amik seat.. Ya Allah..penatnya terasa. Ntah aku tido berdengkur ke hapa bunyi dah kuar aku pun xtau..haha. Hmm..Alhamdulillah, apa yg di plan berjalan lancar di JB :).. Masa aku kat sana..ada lah beberapa insiden yang telah menumpahkan air mata aku. Aku bukannya manja sgt pun tapi adakala aku lebih senang melahirkan perasaan aku melalui air mata.. walau kegembiraan sekalipun apalagi kesedihan. Bila reda air mata aku, aku akan mula menulis.. apa saja terlintas di fikiran aku untuk membuang segala babak tadi supaya tak bersarang dalam kepala.

Hasilnya...
"Adakala kita rasa amat terluka hingga tak ingin maafkan kekhilafan orang yang kita sayang. Tapi siapa kah kita untuk menghukum sebegitu rupa kan? Sedangkan Allah Maha Mengampun..selalu mengampunkan dosa hambanya & sedangkan Nabi pun ampunkan umatnya. Aku lembutkan hati & perasaan aku untuk memaafkan orang-orang yang aku sayang. Sesungguhnya aku berterima kasih kepada Allah kerana anugerahkan kasih sayang & kesabaran yang tinggi dalam diri aku."

Jadi.. jangan marah bila aku menulis, kerana ianya adalah lahir dari hati aku. Terima kasih orang-orang yang aku sayang.. sesungguhnya aku bahagia dapat berkongsi kasih sayang ikhlas dari kamu semua. Terima kasih kerana membahagiakan aku.. Aku sentiasa berdoa agar kebahagiaan itu selalu milikmu..InsyaAllah.

Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking