Saturday, March 27, 2010

B,O..bo. R,I,N,G ring = Boring...

Salam...Adduhai boringnya.

Rini aku kerja..pastu kengkawan yg selalu online semua cuti. Yang ada pun macam busy sesangat..semuanya tak der kelihatan online. Malas plak nak online ngan Baba. Hmm boring sangat2.. Harap2 petang ni aku buleh senyum..& bercakap ngan sapa2. Tak tau nak kata, tapi memang terlalu boring la.. Last2 aku amik CD lagu..pasang kuat2 dalam ofc keh keh keh. Bukan apa..buat ilang ngantuk jer...hehehe.

Ada yang g MTest KPLI rini panggilan kedua. Hmm..harap2 semua berjaya menjawab hendaknya.. Tapi xrisau sangat..sebab jawapan tersedia ada..andai kata xtau..jadi asokar la rini. jawap sambil menembak pom pom pom..pastu result pun booom la kena reject. Bukan mengata orang, macam aku jugak hahaha...

Friday, March 26, 2010

Cinta Jarak Jauh

Salam..
Hmm..dah lama aku xbaca surakhabar KOSMO. Harini kawan aku beli so, aku baca la jap. Aku terbaca satu petikan bertajuk Mempertahan Cinta Jarak Jauh yang ditulis oleh Nurul Izza Rosly, bertarikh 26 Mac 2010, Ms 29. Aku share kan kat sini untuk sama2 baca...

Memang sangat menarik..penulis melabelkan Percintaan Jarak Jauh..PJJ hehe :) ni sebagai mencabar dan sukar. Penulis share kata2 dari Pensyarah Jabatan Psikologi & Pembangunan Manusia,UKM Prof.madya Dr Khaidzir Ismail; hubungan jarak jauh ni jika difikir dari sudut positif adalah lebih manis. Wow..terpana aku..hihi!

"Ia ibarat jauh di mata, dekat dihati. Pasangan yang terlibat akan semakin rindu antara satu sama lain kerana berjauhan rentetan timbul rasa kehilangan & kekosongan. Rasa kehilangan ditebus dengan berutus surat, menghantar e-mel, menelefon. Tetapi bahayanya perhubungan ini adalah, jika terlalu lama berjauhan dikhuatiri rasa kasih sayang akan semakin pudar," katanya.

Hmm..waaah. Jika difahami dalam2 maksudnya tu.. ada kebenaran disitu, tak dapat menafikannya. Aku pernah rasa PJJ ni dulu, tapi masa tu aku tak dapat mengatasi rasa kehilangan & kekosongan..akhirnya aku tewas. Putus cinta la tu..hehe.

Tapi sekarang ni tak lagi.. Walau aku jauh dengan dia.. Aku tahu membatasi diri aku dengan sesiapa saja aku bergaul & dimana saja aku. Aku dah terlalu dewasa untuk memahami itu semua..percayalah. InsyaAllah..aku atan tetapkan hati.

Penulis ada tips2 untuk kita tao.. Meh sini aku tolong senaraikan 6 tips yang dikongsi penulis.
1) Kepercayaan & Kejujuran ~ perlu percaya & berserah pada takdir
2) Komitmen ~ perlukan sepenuhnya komitmen dari 2 pihak
3) Selalu Berhubungan ~ komunikasi tu penting! xkira thru email..bgayut..surat @ chat
4) Jangan Letakkan Banyak Harapan
~ Wallaweiii.. takutnya aku.. Kata penulis, xleh letak 100% sbb hubungan sebegini
sukar & berisiko tinggi. Hmmmm..termenung sejenak..!
5) Kesetiaan ~ sungguh2 & ikhlas
6) Emosi ~ xleh terlalu beremosi & berperasangka buruk.Kena kawal emosi.

Note:
Hmm yg nombor 6 tu.. aku cakap boleh la...aku pun selalu sangat 'emo' dan berperasangka buruk kah kah kah. Sorry ba..

Thursday, March 25, 2010

syoh..syoh...

Hehe...aku dah lama tak update blog. Dah ada sarang labah2 hihi. Ade ke halau labah2 syoh..syoh mcm halau ayam jerk..

Ada hari aku rajin sangat nak meng update blog..ada hari tu langsung aku tak jenguk blog apa jadi. Takpa..nanti bila ada sumthing yg menarik nanti aku share kat sini yea..


Sunday, March 21, 2010

Blogwalking di tengah malam...

Tengah 2 blogwalking hampir jam 12 mlm... aku tersinggah jap kat blog tuan umah nie..http://zai6973.blogspot.com/.

Korang ingat lagi tak sorang artis A to Z.. nama nya Lan. Sesungguhnya aku tak tahu kesah dia. Dulu aku suka gak follow ceta2 artis ni dan aku suka bila dia berkahwin dengan seorang yg pada pandangan wanita aku..saaangat cantik! Of course sebab dia mix kannn.. Bila di kurniakan cahaya mata yang comel2 so..aku andai kan mereka masih bahagia sampai sekarang. Tak sangka aku terjumpa entry dari Kak Zai ni membuatkan hati aku tersentuh.. makasih.

Diantara petikan dalam entry tu..
" Tetapi dalam masa yang sama, dia akur seandainya sekian lama tidak bertemu, barangkali cinta hati isterinya itu sudah pudar. Ketika Marcella dan anak-anak tinggal di kota besar dan mewah, kudus cinta Lan barangkali sudah menjadi sejarah. “Saya tahu saya kurang pada harta tetapi istimewanya saya ini ialah seorang yang setia terhadap isteri. Saya masih mengharap agar semua akan menjadi pulih seperti sediakala” katanya.".

Mungkin tak ramai lelaki yang ada perasaan macam ni.. dan aku rasa tersentuh. Mungkin kalau si isteri tahu kesetiaan suami, dia akan berlembut suatu hari nanti. Dan sebenar2nya hati isteri tidaklah sekeras itu... Kita pun tak mampu nak judge apa2..hanya mereka yang tahu segala2nya.

Apa pun aku doakan Lan tabah hadapi dugaan berjauhan dengan isteri tercinta & anak2 tersayang. Semoga Allah kembalikan kebahagiaan keluarga mereka..amin.

Saturday, March 20, 2010

Salam...

Alkesahnya aku pergi lunch sama2 ngan kawan2 seperjuangan.. Dah plan awal2, kami semua berlima. Apa lagi dah macam nak pecah perut la...asyik ketawa jer... Yang mak budak pun dah tak nampak macam mak budak... heish kalau orang tua2 tengok sunggoh tak sopan..kih kih. Sekali sekala lepas gian.. back to zaman anak dara dulu. Seronok kan?? hehe..

Masa lunch tu..macam biasa la, aku terlupa lagi nak shoot apa yg kami makan. Kami semua makan mee celup & bubur nasi. Mee celup tu lebih kurang mee sup la..kalau kat Kelantan ni dipanggip mee celup.. Rasanya buleh tahan laa..pastu kena plak ngan ABC. ABC tu pelik sikit..mungkin pengaruh dari Thailand kot sebab dah nak dekat sangat ngan sempadan. Ada roti yg dia potong kecik2 kat dalam tu.. pastu ada pisang yang macam kita buat pengat pisang tu, yang lain2 macam beasa la.. ada jagung, cendol & yg penting mesti kena ada ais parut..kih kih..of course la...kalo tak, takda la namanya ABC.

Eh2..lupa plak nak bgtau..lepas tu kami singgah plak di satu gerai kakak ni.. Dia jual pelbagai hot dog yg sedap2. Sos dia pun best.. Bila kami menyerang, dia macam terpaku jerk.. Jadi kami berjaya mengambil alih gerai dia..ini lah hasilnya..hahaha !

Masa ni jer la baru sempat berposing..seronok jugak bakar benda2 tu..pergh best2... Dah nak kat kol 2 tu..apa lagi pecut balik prepare utk buat kelas kol 3 petang nanti... Zassss...

Sunday, March 14, 2010

Cooking Time...

Salam...

Lalalalala..al-kesahnya, mak & abah nak g Terengganu. Atok sedara aku turun dari JB so, abah g sana la jumpa dia. Lumrah...yang muda kena hormat yang tua...hehe. Jadi, aku la ketua dalam rumah..haha & juga tukang masak..bibik..dan merangkap segala2 la...untuk adik aku ngan si baby hahaha.

Pagi lepas abah & mak bertolak..aku dah start buat cookies.. member aku Kuja yg order. Katanya nak makan Honey Cornflakes ngan Cheezy Cookies. Apa lagi..hari ni aku kukak la bakery aku..hehe. Honey cornflakes xsempat nak amik gambar. Ni la rupa Chezzy Cookies aku...hah tengok..

Sebelum di dera...Bakar
Hasilnya...

Bila dok dalam container mahal mak aku..
baru naik seri Chezzy Cookies nie hahaha

Dah abis cookies.. sambil2 tu ake masak untuk lunch la... Tak tau nak masak apa.. Last2 ini lah menu untuk lunch aku, umie dan baby hehehe. Semuanya lauk kampung..

Ikan masak pindang, sayur bayam goreng.. ayam masak kicap & yg paling power sekali sambal belacan mak.. Ni diiiiaaaaa...


Tuesday, March 9, 2010

Satay Time..!

Salam..
Sejak kebelakangan ni..aku rajin update blog. Hmm..ntah nape..jgn tanya aku. Memang dari dulu aku suka menulis..especially diary. Semenjak sekolah lagi aku ada diary..aku suka tulis apa saja yg telintas kat fikiran aku..xkira rr, lagu ke..luahan perasaan ke..aku xpuas hati ke.. apa2 jer la..

Cuma bila aku kawen..i did stop everything. Apa yang aku suka..x-hubby aku xsuka. So, i need to stop writing. Start labeling me minah jiwang..nak tulis tu lah, nak tulis ni lah..he hate diary so much. U know why? coz most of the words inside it dia rasakan aku tujukan kat dia.. So funny!! Biarlah.. lagipun ada haku kesah?? Dulu..YA aku kesah. Now..opps sorry bebeh. Aku bukan aku yang dulu lagi dah..

Tutup ceta sengal tu..semalam aku g teman mak g beli tembikai. Dia teringin nak makan tembikai yg jual terus dari kebun katanya. Hmm..terjah jer la..jumpa. Aku lupa nak amik gambar gerainya. Apa yang aku tahu, petang tu perot aku dok nyanyi..tapi bukan rasa nak makan nasi. Jadi aku ajak mak, adik aku ..si umie tu ngan baby g makan satay..yeeeha! Aku puas hati gak singgah makan sebab baby makan nasi impit tu ada la dalam 4-5 ketul At least dia kenyang gak. Dok umah xmakan apa..maklum la demam kannn...

Kali pertama aku ingat nak amik gambar makanan sebelum disentuh.. :)


Akhirnya..


Jalan2 g Makan..KFC

Haaa...dah cakap kan nak uploadkan jalan2 story di KFC..

Taadaaa..soweyla. Selalunya aku lupa nak amik gambar makanan yg cantik tersedia. Dan yang pastinya aku akan ingat bilamana perut aku dah kenyang hahaha.. Jadi, inilah hasilnya.


Habis jer school..g bejalan sakan di KFC..cari Cheezy Wedges si baby ni la.. Kan main suka lagi dia kat sana. Makan banyak gak, padahal dia dah balun laksa kat umah Lala. Korang tengok la mulut dia, ternganga besar..suka sangat. Riuh kat situ ngan suara dia jer..mummy nya plak naik malu.

Dok kat atas meja plak tu..huh anak dara sapa la tu ?

Ni la kak Lala dia... Peace gitu..!
Note :
Sapa sangka.. dengan happynya dia ikut aku bejalan. Balik malam tu jugak dia demam. Rasa bersalah plak Mumy bawak dia berjalan..mmm sowey ya naaaak.. Makasih Kak Lala join kita 'Jalan2 g Makan"..hehe.

Aku Vs TASKA

Assalamualaikum..

Di pagi nan indah..aku kejutkan baby ajak dia g school. Dengan selambanya dia kata "Rini school ngan mummy yea?" ..mm mcm dia tao2 jer rini Ahad aku cuti hihi. Maknanya rini aku kena duduk balik kat bangku kecik dah dah agak2 berpuluh tahun aku tinggalkan. Sekarang punggung pun dah xmuat dok atas kusi tu hahaha..

Ni lah school baby..comey kan?

Kat sebelah aku ada gambar ni hahahaha..E for Elephant !
Tak ssseeeesssuaiiii... wahahah..

Aku main curik2 jew amik gambar ni.. Dalam pada aku curik2 tu..Si baby ni dapat tau gak. Dia memang xleka.. kejap2 dia akan check aku kat tepi tu samada ada ke tak. Agak2 aku bgerak jer dia akan pandang..takut aku lari balik tinggal dia kat situ... Yang aku herannya 2 minggu dia g school macam biasa..relaks jer. Bila lepas tu dia buat hal..xnak g school. Dia akan pergi kalau ada orang tunggu. Kalau hari aku keje..mak tok dia jadi mangsa.. hahahaha !

Almost 10.30am.. Jom Baaaliiik.
Baby rajin harini...dia dapat siapkan letter A untuk 2 page..
Aku dah janji ngan dia nak g KFC lepas ni..
Aku updatekan lepas ni Jooom KFC !!!


Monday, March 8, 2010

Demam plak..

Salam semua..
Semalam baru jer bawa baby g jalan2. Alih 2 rini dia demam plak..alaaaahai. Nasib baik aku cuti rini so buleh tengok2 kan dia. Bila demam..mmm makin manja laa..

Aku memang nak update pasal our jalan2 time semalam..Esoklah. Rini, jaga anak jer la..hehe. Tapi sempat lagi tu online jap.. Shhhh..dia dah lelap..lalalala !

Saturday, March 6, 2010

Egokah aku

Masa tu kan..
Aku tengah drive balik dari keje sambil layan radio. Tetiba aku dengar satu lagu yang cukup indah melodi nya..untuk aku la. Aku taktau korang suka ke tak. Tapi bagi aku, aku rasa melodinya sayup masuk ke telinga terus ke otak aku yang memang sengal..hehe. Aku tercari2 nama lagu tu sebab deejay tu tak sebut. Akhirnya...aku dapat gak..yeay!!



Aku share lirik lagu tu kat sini gak. Memang kejam bila kita mendoakan sesuatu yang xbaik untuk insan lain. Tetapi kerana satu perasaan kecewa yang mungkin tak dapat digambarkan akan menceritakan segalanya. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segala galanya..

Egokah Aku ~ Wali Band

Ku tak pernah merasa
Gundah di hatiku, ketika denganmu
Saat kau, kau belai rambutku
Kau temani aku, kau basuh lukaku

Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku

Salahkah aku mencintaimu
Walau ku tahu ku tak di hatimu
Egokah aku memilikimu
Walau ku tahu kau tak memilihku
Ku harap Tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu

Sadarkah kini ku tak rela
Imanku telah sirna
Mimpiku tak nyata

Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku

Salahkah aku mencintaimu
Walau ku tahu ku tak di hatimu
Egokah aku memilikimu
Walau ku tahu kau tak memilihku
Ku harap Tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu
Ku harap Tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu

Bila Ajal Sampai...

Salam...
Terkilan aku petang semalam.. Aku baru balik keje, relax jap baca surat kabar. Tetiba..adik bongsu aku tu lari masuk dalam rumah pastu menangis teresak2.. Memang teruk & kuat jugak la dia nangis. Aku tanya nape? tapi dia tak cakap..tersedu2 dia. Pastu mak masuk ngan baby.. mak cakap ngan aku slow2 kata Neng dah tak da..dah mati. Laaaa...terkejut aku. Bukannya apa,aku baru je update gambar dia ngan anak2 dia kat sini nak kongsi ngan semua.

Beriya2 la adik aku nangis..kesian plak aku tengok. Bila aku tengok dia macam tu, baru aku tahu hati dia. Rupanya hati dia lembut sangat.. kekadang aku geram gak ngan dia bila cakap aku dia taknak dengar kan.. pastu aku pesan apa2, dia tak ingat. Aku pun sedih gak sebenarnya.. cuma aku tak tunjuk rr.. segan heheh. Aku keluar gak g tengok Neng, xda darah pun kuar dari badan dia..tersentuh gak aku. Sebab aku ni kategori suka dan sayang kucing..dari kecik lagi.

Lepas sembahyang Maghrib, aku ajak Baby ngan Adik aku kuar jap. Aku nak beli makanan kucing. Aku tengok budak 4ekor tu macam sasau je, mayb lapar kot. Sebab selama ni dia menyusu je..blum makan lagi. Nasib baik la jumpa makanan..harganya baru RM7.90. Aku beli la.. sian bebudak tu. Balik tu, aku rendamkan ngan air, pastu panggil bebudak tu makan. Aku siapkan satu kotak untuk dia suma.. Malam bawak masuk dlm umah la kotak tu, takut gak depa diserang bapak kucing kan..selama ni ibu dia ada xpa rr.


Nanti lah aku update gambar bebudak 4ekor tu dalam kotak dia. Aku dah amik gambar tapi aku tetinggal cam kat umah. Tengok lah kalau rajin..aku upload petang ni..

Sebenarnya.. aku pun sedih gak.. sob..sob..

Friday, March 5, 2010

Layan Je La...

Alahai...
Tadi aku saja cari2 pic yg menarik nak upload dalam blog.. ada gak yang aku simpan untuk guna len kali. Tetiba aku tertengok pic ni.. dengan ayat yg macam ni.. membuatkan air mata aku rasa macam nak terkeluar jek...
"I never stop loving you.. I just stopped showing it.. I love you so much.
If loving you is wrong.. I never want to be right again..."

Aku dah penah rasa..so aku sendiri tau betapa siksa nya rasa tu.. Sebab tu bila org lain bercakap soal soal macam ni, aku tak berani nak bagi pendapat. Sebab aku tahu, macamana atau apa juga pendapat atau nasihat dari sesiapa.. hanya orang yg merasa tu je yang tahu apa yang dia rasa.
Susah untuk dia menerimanya...

Neng & Family..

Assalamualaikum..
Jeng..jeng..jeng... Aku memang suka kucing. Dari dulu sampai sekarang. Cuma bila dah ada anak kecik ni, kureng sikit la sebab kes bulu..takut masuk idung si baby.

Tapi kan...mana tak tumpah nya kuah kalau tak ke lapik meja kan..hehe. Si baby memang xleh tengok kucing. Tak kira lah kucing tu ada kurap ke, berkudis ke smua dia nak g pegang..itu yang buat aku hangin satu badan tu...

Alkesahnya, satu hari dia g main kat taman ngan mak tok dia. Pastu bila tengok seko kucing ni terus nak amik bawak balik sampai nangis2 kat sana. Disebabkan warnanya kuning jadi namanya pun jadilah Neng.. Neng pun dah kawen..bunting la.. beranak la 4 ekor.
Haaa..ni lah dia ropenya... tengok2..!
Si Neng ni macam tau2 jer aku nak amik gambar dia sekeluarga..
dia posing baek punya untuk aku..haha
Tengok tu..kasih sayang sorang ibu..walaupun cuma ibu kucing..
Neng tetap 'IBU'..
Tengok tu..sebok nak tenggok camera aku. Tengah nen pun nak bangun tengok orang.
heeiii budak putih nih..

Thursday, March 4, 2010

PJK KgTerbok

Salam semua..
Aku rasa kepala otak aku free sikit petang ni sebelum aku mula buat kelas. Aku dah plan ngan assistant aku nak buat kelas Pengenalan Asas Komputer & Internet petang ni kol 3. Ni baru pukul 2.30ptg..berkat lepas sembahyang Zuhor kot hehe...

Intro
Ini lah dia Pusat Jalur Lebar Komuniti Kampung Terbok atau singkatannya PJK Kg Terbok. Signboardnya terus aku letak..karang senang nak cari hehe. Kalau ada kawan2 yg dok kat area sini.. time balik kampung tu singgah la sini. Ianya dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama TM Berhad dan MSD Intelligence dengan tujuan untuk merapatkan jurang digital dikalangan komuniti setempat.
Jemput la masuk..aku dah tolong buka kan pintu..hehe. Dengan pendaftaran ahli cuma RM5 seumur hidup..korang akan dapat menikmati pelbagai kemudahan yang ada kat sini..termasuklah penggunaan komputer untuk melayari internet & bengkel pembelajaran yang di adakan kat sini.

Tersedia 10 buah komputer untuk ahli melayari internet. Ditambah dengan ruang dan fasiliti yg memang selesa. Klau dok dalam ni 2jam pun tak rasa..rasa macam baru masuk je...hehe
dilengkapi gak ngan kemudahan fotostat Kalo datang lewat..pastu PC plak penuh haaa tpaksalah menunggu turn kan. Takleh nak main terjah jer... Jadi kami dah sediakan Ruang Menunggu..ceewah! Ko dok la kat sofa tu..cuma air je aku tak sempat nak buat..bibik aku cuti heheh...

Bilik Latihan

Pergh..ini jangan nak komplen.. Kemudahan memang tip top.. Bilik training dilengkapi ngan 10 buah komputer.. buleh online gak. Pastu siap ngan Slide Projector untuk mengajar. White Board pun ada..pendek kata memang mewujudkan suasana pembelajaran yang xklusif untuk semua golongan termasuk kanak-kanak, dewasa, ibu bapa malah warga emas jugak.
Note:
InsyaAllah..aku akan cuba berusaha untuk memajukan PJK ni macam office aku sendiri. Manfaatkan kemudahan ini untuk insan-insan yang memerlukan.
Bukannya apa..melihat mata anak-anak yang penuh harapan.. Aku boleh nampak dari mata budak2 tu mengatakan mereka mahukan sesuatu dari PJK ni. Bak kata kawan aku..buat sesuatu kerja..kena ikhlas, jangan nak mengeluh (makasih Fahmi).


InsyaAllah, niat aku ikhlas. Mungkin dengan adanya sokongan dari org2 di belakang aku.. aku cuba sampaikan kemudahan ini untuk semua warga KgTerbok dan juga insan-insan yang memerlukan. Nak jugak aku buat pahala.. Alhamdulillah...

Wednesday, March 3, 2010

Tiba2 terjaga jam 3pagi..

Eeish..tgh syok2 tido. Tiba2 tersentap tgk jam 3pagi. Alahai frustnya...dah la tu xleh nak sambung tdo plak dah. Hmm..kuar dari bilik aku on pc la..lalalala. Aku upload gambar g KL yg aku janji tu..hehe. Time ni dah kol 5.10am..pagi kol 9 keje, lantak la kalu ngantuk.. ada haku kesah? hahaha..

Aku nak share masa aku bawa baby g jalan satu ptg ni..kat Restoran Terapung kat pantai. Keje aku ngan baby masa ni..tengok orang jer. Adik aku yang akui..sebab dia yg snap gambar ngan hp aku. Aku xperasan poon...haha.

Baby yang amik gambar ni..bole tahan hehe !

Ronda2..ke Jalan TAR

Nama kata nak g merendek sorang2 ke Jalan TAR memang xdapat...apa lagi aku angkut la adik aku ni..hehe. Baby? xkan nak bawa..patah pinggang aku kena dokong dia bila time nak bjalan sana sini kat Jalan TAR nu..eeeiii xsanggup mumy. Atoknya dah bagitau siang2..anak xyah bawak..hurrreeeyyyy!! hehe bole blagak macam bukan mak budak huhu..

Dalam komuter pun nak bgambar..macam jakun..hihi.

Huh..adik aku kalu dah dpt makanan..McD lagi, lagi xingat dunia..melantak jer la..haha. Biarkan jer, cuti sekolahkan..honeymoon laa. Ni makan kat KL Sentral sebelum naik LRT ke Masjid Jamek
aku tumpang 2 kaki..hehe

Masa kat Jalan TAR, korang tau kan P.A.N.A.S ?? so aku xhingin nak petik camera. Mata dah menerawang ke sana sini, tengok itu..tengok ini.. Eish macam byk jer brg yg menarik..tapi kena jimat..xleh la gatei nak beli semua.

Time to go home.. Ramai sangat orang dlm LRT & komuter. Tapi akhirnya dapat duduk..merasa jugakla bdiri skejap..nak kejang dah kaki. Almaklum..dah lama xguna public transport ni..huhu. Apapun..memang best dpt jln2.. Kalau ikut kebiasaan aku, mestinak jalan lagi. Tapi adik aku dah buat muka 5sen,penat kaki katanya.. Kesian gak...hmm balik laaa...

aduhai...KL

Salam..sowey la sesangat. Kata nak update foto g KL..hampeh xbuat. Tapi dah upload kat FB dulu..dah basi hahaha. Aku luangkan masa sikit siapkan beberapa program untuk office dulu..karang tak capai KPI sapa nak jawab..hehe.

Hmm..seronok gak lama dah tak g KL ngan family smua.. tu pun bukannya ada g mana, saja lepak umah adik & abang kat sana. Baby la org paling seronok dapat naik train.. Kami pegi naik ketapi, pastu balik konvoi 2 kereta ngan abang. Korang mesti pelik macamana plak balik drive kan...abang aku nak jual keta Saga dia, so aku tlg bawa balik Kelantan laa..hehe. Dia? dah beli keta Honda.. huh belagak :)

Mana best entry xda gamba kan..
Tengok Baby konker satu katil..Mumy duduk sana sikit,baby nak tido katanya. Hampess..tpaksala aku tido sambil duduk, pastu pandai plak kesiankan aku ajak tido balik hihi.. nak marah pun, nama lagi budak kannn.... grrrrrr
Ini anak abang aku..Haizad namanya. Nak unggu dia dok diam..tunggu dia tido. Kalau dia bangun memang mulut dia xberenti bcakap pastu disertai ngan kaki tangan jugak..lari sana sini non stop. Hebat tul..sampai baby pun dah terikut2 masa kat sana.. huh xdapek mummy nak nolong..lantak korang lah..asal jangan melalak sudah..hihi
Ini lah 2 tawanan Ikhmal(anak adik aku)... Masa ni dia menawan 2gergasi..keje dia menembak,pastu yg gergasi 2 orang ni pura2 mati..si Ikhmal terkekek2 gelak..hahaha Aku yang menengok macam nak pengsan..
Asal petang jer..dah boring dok umah. Apa lagi..budak2 ni nak turun main kat taman laa. Dah penat semua nak meneguk air..berebut tunggu turn. Tengok si baby ngan skirt pendeknya tu..

Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking