Sunday, January 31, 2010

School...

Salam
Today is her first day at school...!! Harini memang hari weekend aku. Aku yang terlebih berdebar bila dah hantar dia masuk. Dag..dig..dug jantung mummy..hehe. Kat bilik Teacher lagi dia dah usik buai dan mainan..hehe harap2 dia tak buat hal nangis nak ikut aku balik nanti. Berbuih mulut aku dalam keta pesan itu..pesan ini sampai dia tutup mulut aku.. Katanya,'Mummy diam dulu, baby nak cakap ne..'.. wahahaha terkena aku.

Elok je dah siap daftar, aku bagitau dia 'Mummy nak g work ni..mak tok nak balik masak, baby dok school dengan teacher ..ngan kawan2 yea..'. Dia angguk pastu salam cium tangan aku & mak tok dia. Apa lagi,teacher pun pimpin tangan dia ajak g main ngan kawan2 kat playground dalam school tu.. Sememangnya aku puas hati dengan suasana dalam school & kemesraan teacher2 nya semua. Setiap teacher akan manage 10anak2, so xdalah tak terkawal sangat nanti. Thumbs up!

Bukannya apa, aku tak nak dia manja sangat ngan atok & mak tok nya tu kat rumah. Although she just reach 3, aku rasa dah sampai masa nak bagi sedikit pendedahan untuk dia & menanam sifat nak belajar dalam diri dia. Itu memang hajat aku dari dulu lagi. Biar lah aku berhabis sikit untuk dia..lagipun dia lah satu-satu nya PUTERI aku... Aku nak dia lebih dalam segala-galanya.

Lagipun, dia memang minat belajar. Selalunya bila mak su dia buat home work malam, dia pun sama nak ikut. Selalu dia masukkan buku2 yg aku beli dalam beg pastu naik basikal & salam ngan sume orang..dia kata 'Bye mummy,baby nak g school dulu..nanti baby balik yea'... layan jer la!

Tak sabar nak tunggu dia balik pot pet pot pet perihal kat school nanti.. Nanti aku update esok ngan attach her photo with uniform..how cute!!! Lambatnya pukul 2ptg...nak amik baby nie..windu laaa!!!

Friday, January 29, 2010

Malam ni aku menangis...

Baby dah tido..
Siang tak tido,hmm apa lagi cepat je cari botol dia 'nak nen..nak tido dah..baby penat' katanya..hihi. Peluang besar nak online chatting..yeeeha! Dah lama xonline ym malam2..isi masa lapang.

Tetiba nampak member masa kat PM dulu online gak. Kacau dia rr..apa lagi keje aku klau tak mengacau org. Dia tgh study, lusa nak g KL ada exam..rajin dia buat PJJ. Sekarang tgh pregnant 1st baby lagi..online ngan hubby dia sekali. Hmm..seronok kan? Dok sama2 lepak ngan hubby kat umah..share all problems & sweet moments..I miss that!

Setiap insan punya impian untuk hidup bahagia..begitu jugak aku. Berkongsi hidup dengan seseorang yang bernama suami tidak lah seindah yang disangka. Banyak pahit maung..suka duka yang perlu ditempuh sama ada rela atau tidak. Sesungguh nya aku tak pernah rasa keindahan seperti yang aku impikan. Bermula dari saat itu, aku tak pernah lagi impikan sesuatu yang indah..aku buang semua keindahan tu jauh2 sehingga aku langsung tak merasakan keindahan itu lagi.

Barangkali mata ini telah buta.. bibir ini telah bisu.. telinga ini telah tak mampu mendengar.. dan hati ini telah mati untuk merasa cinta itu!

Wednesday, January 27, 2010

Cup cake...











Hehe..inilah di antara design2 cup cake yg ada masa 3rd Bday baby! Sakit kepala gak nak memikirkannya. Yang penting jadik, ok lah tu.

Mula2 nya nak letak topping coklat..tapi coklat yg abah beli tu warnanya cerah sangat bila dah buat double boil..kalernya xitam. Aku dah try gak topping coklat..yang aku letak bunga2 yang dah siap tu. Rasa cam lemak sangat..sbb dah kek coklat kan pastu letak toping coklat..pergh tapi memang sodap. Jadi yang lain2 tu aku xjadi letak topping nya..baru nampak naik kalernya bila hiaskan ngan icing sebab kek tu chocolate moist dah kan...


Huh..dah lah..tak abih2 nak ceta pasal cup cake ni hehehe. Bukan apa..aku kadang2 bersyukur dengan kreativiti dan kebolehan yang Tuhan anugerahkan untuk aku.
Terima kasih Ya Allah..

Tuesday, January 19, 2010

Baby 3rd Bday..!







Jeng..jeng jeng..seperti yang aku dah janji..ada special event pada 18/1/2010..ini lah dia. Buat BdayParty untuk baby..

Alhamdulillah..semua berjalan lancar. Kek chocolate moist sedap hingga menjilat jari.. Then yg paling penting cup cake cubaan kali ke 2 turut menjadi. Dengan design yang aku rasa cukup menarik la... Jangan la bandingkan dengan orang yang lebih pro, tapi itu je la talent aku setakat hari tu. InsyaAllah..aku tengah belajar, tengok cara & design yang orang lain buat dalam blog2 lain, maybe lepas ni hasil nya akan bertambah okay. Boleh la terima tempahan pulak buat side income.. Kalau ada rezeki & masa, aku nak buat lagi satu blog untuk cup cake, kek dan biskut raya. Raya tahun 2009, Alhamdulillah rezeki anak agaknya.. Aku berjaya siapkan tempahan biskut raya, hasilnya boleh tahan la... Mak & abah pun ada tolong gak, adik aku si Umie tu apa lagi..kena dera ngan aku haha..syian dia. Tapi aku bagi duit raya kat semua orang..

Apa pun..penat tu belakang kira, yang penting hasilnya..aku puas hati. Aku harap guest yang hadir bday party ni pun balik dengan suka hati..ya la bak kata pepatah 'gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati' hehehe.. Baby dah tentu suuuka sangat sebab dari pagi sampai petang dia tak tido.. Tepat jam 8malam..dia minta susu pastu terus lena,pergh penat & ngantuk gila la tu. Lepas tu follow by Mummy nya yang terus pengsan dek penangan kek yang jumlahnya mencecah 38 biji.. cup cake jer..

Terima kasih pada special guest yg hadir..Cla, Muni, Fahmi dan Kirin. Lain kali nanti kita buat makan2 lagi yea.. Happy Bday Sayang !!!!


Saturday, January 16, 2010

Happy Birthday Sayang!!!




Hari ni 16hb Januari 2010..genap usia baby 3tahun..Happy Birthday sayang..!!
Bila dia bangun jer pagi tadi..aku ngan adik Umie nyanyikan dia lagu Happy Birthday..suka jer dia. Ada cup cake yang aku try buat tu saja aku letak kan candle bagi dia tiup..ngan muka tak mandi & baju tido dia hihi. Belum sempat nak snap photo lagi, dia dah tiup haha...

Aku plan nak celebrate birthday dia this coming 18th Jan & hajatnya nak bersedekah jugak utk anak2 kecik.. nak panggil jiran ngan kawan2 adik & kawan2 aku sekali. Biarlah..aku buat makan2 sikit, niat sedekah. Bukannya apa..aku sedar pahala pun tak berapa nak banyak, jadi sekali sekala tambah la pahala ikut saluran lain plak (sedar diri lagi..hihi).

Walau apa pun..aku tak nak dia rasa kekurangan. Samada dari segala segi terutama sekali dr segi kasih sayang.. Aku nak dia tahu yang aku sayang dia.. Dia lah sorang2 nya insan yg aku ada utk aku harapkan bila aku dah tua nanti. Aku harap dia akan menghargai kasih sayang & pengorbanan aku untuk dia bila dia dah besar nanti.
"Mummy doakan semoga Allah sentiasa merahmati & melindungi dirimu.. menjadikan dirimu seorang anak yang berguna suatu hari nanti. Biar kasih sayang itu sentiasa mekar di antara kita.."
Note: Tunggukan photo2 menarik for this coming 18th Jan event yea!!!

Monday, January 11, 2010

Coretan Perjalanan III_11-01-2010

Baba..
Tiada kata untuk aku menggambarkan,
Betapa aku berterima kasih
Kerana sudi memberikan secebis kasih
dan sayang yang ada di hati mu.

Aku tahu kau berusaha memenangi hati ini,
Aku tahu segalanya seakan tidak pasti untuk kau dan aku,
Aku tahu hatimu terlalu berat untuk melepaskan aku,
Walau halangan di depan pasti menanti.

Aku tahu kau sedaya upaya memenuhi & melengkapi,
Dua hati itu biar dekat di hati mu,
Aku tahu kau tak mampu,
Untuk membuang salah satu dari hati itu,
Nyata kau cuba untuk menyatukan dua hati itu.

Biarlah masa menentukannya,
Adakah dua hati itu bisa bersatu,
Mencintai hatimu yang ikhlas satu.

Coretan Perjalanan II_10-01-2010

Mengenali dirimu
Hidup ku kembali berwarna

Kau limpahi kasih sayang mu
Yang tak pernah aku rasai
Kau beri aku harapan
Untuk kembali beraksi di pentas cinta
Yang penuh noda dan kepuraan

Saat indah gelak ketawa
Saat air mata bila tiada jalan nokhtah
Kau bahagiakan aku
Kau bias kan aku dengan rasa itu
Walau kau mencuba dengan kepayahan

Adakah aku hanya teman berhibur?
Adakah aku cuma tempat persinggahan?
Jawapan itu ada di hatimu
Sehingga ku ketemu jawapan itu..
Benarkan aku menumpang kasih
dan sayang yang ada di hatimu..

~Sue

Catatan Perjalanan I_09-01-2010

Celik mata pagi tadi, tetiba aku teringat sangat pada seseorang yang pertama hadir dalam hidup aku 10 tahun dulu. Cukup aku bagitau nama dia Ali..

Nak rasanya aku bersua ngan dia..bertanya kabar..berkongsi cerita..tengok dia.. Adakah dia sama macam dulu? berapa orang dah anak dia? sihat ke dia? Kadang-kadang aku rasa macam nak cari dia, bukan nak ungkit cerita lama atau nak susahkan hidup dia. Niat aku cuma nak minta maaf sangat ngan dia atas semua kesilapan aku.

Bagi aku, dia seorang insan yang amat baik untuk aku. Sepanjang perhubungan aku ngan dia, tak pernah sekali pun dia mengasari aku atau menyusahkan hidup aku. Aku tau dia menyayangi aku sepenuh hati, sikit pun hati dia tak pernah berubah untuk menyayangi dan mencintai aku waktu itu. Errr..cuma aku, aku yang bersalah membiarkan hati aku lalai dengan pujukan insan lain lantas melupakan dia. Aku tau walau menitik air mata darah pun aku tak akan dapat memiliki hati dia lagi..tak dapat aku tahan air mata daripada mengalir bila mengenangkan bahagianya aku waktu bersama dia.

Kalaulah aku berpeluang jumpa dia, nak aku salam dan cium tangan dia mohon maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Kalau pun dia tak maafkan aku..aku redha. Walau apa pun aku tahu Allah telah menetapkan bahawa dia bukan jodoh aku dan aku selalu doakan dia berjumpa dengan insan yang jauh lebih baik dari aku yang hina ni. Aku doakan dia berbahagia hingga ke anak cucu dan sentiasa di bawah lindungan Allah selalu.
Amin....

Tuesday, January 5, 2010

KFC

Ini lah si baby ngan cheezy wedges nya..hehe. Suka sangat, ntah apa yang sedap ngan benda ni mummy nya pun tak tahu.. Yang penting, bila tengok dia makan tu nampak cam sedap sangat jer. Tapi kalau time dia tak nak tu, letak la depan muka dia 2-3 bekas pun dia buat dunno jer.

Tak Sihat

Salam..
Ni aku kat office ni..tapi aku tak sedap badan la.. Semalam cuti pun tido jer kat umah. Tido mati dari kul 1.30tgh sampai 4.45ptg, rasa macam badan lenguh-lenguh, kepala sakit..berpinar. Tak leh nak concentrate apa nak buat. Adik aku la jadi mangsa kena sapu minyak kat badan la, pastu si baby sibuk gak 'urut mumy' katanya. Hmm..tak tau la kenapa.

Bila sampai jer office pagi ni, perkara pertama aku buat..main game..hihi. Ingatkan nak release kepala ni jap.. Rasa kepala ni macam komputer yang dah save ngan pelbagai benda pastu banyak virus..jadi lembab hihi. Tak tahu la nape?? Nak kata banyak berfikir, banyak jugak..tiap-tiap hari pun banyak tapi tak jadi pun camni. Nak kata penat, tak ada buat apa2 kerja yg memenatkan pun.. Dah test blood pressure, ok jer. Dah test kandungan gula dalam darah, ok gak. Hmm, takpa lah. Janji Tuhan masih bagi aku nyawa untuk aku meneruskan hidup hari ni..Alhamdulillah. Keep goin babe!!!

Ya Allah Ya Tuhanku, berikan lah kesihatan kepada aku agar aku dapat menyempurnakan segala suruhanMu, agar dapat aku berbakti kepada ibu bapaku, agar aku dapat menjaga anugerah yang telah Kau berikan kepada aku dengan sempurna. InsyaAllah.

Its all about :
Love~Life~Happy~Heart~Tears~Feelings ~
& never end!

Bloggerz Blogwalking